Right Now It's ABS - Survivor Quiz

heyya!
giliran sis pulak buat aktiviti.
sis buat kuiz.
cara dia senang je.
sis bagi soalan.
jawapan dia korang PM kat sis.
lain la kalau korang nak orang copy jawapan korang.
aktiviti ni boleh disertai oleh semua pelajar SSB kecuali ABS Family.


sis terangkan dulu cara main dia.
kuiz ni ada 3 peringkat.
peringkat pertama sesiapa pon boleh join.
peringkat ke 2 hanya orang yang layak sahaja yang boleh join.
siapa yang layak?
orang yang dapat banyak markah pada peringkat pertama.
begitu jugak dengan peringkat akhir.
sis akan bagi tahu siapa yang layak.


jawapan dia berdasarkan markah.
kalau markah dia 2 bagi la 2 jawapan.
kalau 3 bagi 3.
Kuiz dia dekat SSB.


soalan 1 dan 2 korang pilih 1 jawapan.
jawapan dia boleh cari dekat blog AB Sisters & TCA.
tapi tak semua jawapan ada. kena pk sendiri la.
tarikh tutup menghantar jawapan kuiz peringkat 1 akan diberitahu kemudian.


PM kan jawapan kepada sis.
kalau dah PM lengkapkan penyertaan.
post dekat thread ni.


Nama SSB:
Tingkatan SSB:


hadiah dia rahsia.
hehe. nanti sis bagi tahu.

SELAMAT MENCUBA! ;)

Right Now It's ABS - Follow and Win

Hyep!
Yay..akhirnya liya wat jugak program untuk abs!
Anyway..Ini contest yang paling mudah kot!



Contest yang diberi nama : Foll0w And Win




 Macam mana naik sertai?
1st.Follow blog abs (tekan sini ya XD)


Kemudian :-

Bgtahu dkt sini!

Lengkapkan butir-butir peribadi :-


1.NAMA :
2.TING.DI SSB :
3.ID DI SSB :



Itu sahaja..
Mudah kan?
So,kalau sesiapa yang dh follow..
Cuma tinggal isi borang je..

Pemenang akan dipilih secara rawak oleh liya!
Tak de pilih kasih!

*Hadiah untuk 5 Orang SAHAJA
*Hadiah semua orang sama tetapi lumayan!
*Segala masalah sila bgtahu liya dgn kadar segera

Right Now It's ABS - Banner Contest

Salam semua pelajar2 SSB.


Seperti semua org taw [atau yg tak tahu] sekarang ni ialah minggu ABS.


So,Adni nk buat Contest.


Contestnya ialah ABS Banner Contest.


Syarat-syaratnya ialah :


+Salah seorang warga SSB.
+Banner itu mestilah yang anda hasilkan sendiri.Bukan cilok!


Cara-cara pertandingan:
+Buat banner anda.banner yg anda buat mesti ada perkataan ABS dan TCA. [wajib]
+Tak kisahlah banner korg tu animated ke,x animated ke.Asalkan yg korg buat sendiri,ok!


[Hadiahnya lumayan! Jangan lepaskan peluang!]

Right Now It's ABS - Holiday Trip

SALAM. :)
wah, lamanya tak update blog. ^^
tak apa tak apa.
sekarang ni kan musim menganggur lepasan PMR & UPSR ,
by the way, buat pelajar form4 yang bergiat untuk jawab exam, AJAAJA FIGHTING ! :)
ABS ada buat xtvt baik punyaa untuk korang,
antaranyaa.,


+Right Now It's ABS ! #HOLIDAYY^^

yeayy.

ABS Week datang menjelma kembali.
NGEH~

disebabkan cuti sekolah dah nak mula menjelma,
ABS akan mengadakan satu pertandingan yang diberi nama,
holiday trip.


syarat-syarat pertandingan~
+ terbuka kpd semuaa pelajar SSB. (senangkan syarat dia? ) ^^

cara-cara nak masuk pertandingan ni.
+firstly, korang kena carik satu gambar tempat perlancongan terbaik di dunia. *satu jee taww.
+next, korang kena kasi 3 sebab kenapaa tempat tu menarik di mata korang. ^^
=jawapan yang munasabah dan menarik akan membawa pulang hadiah merit yang lumayan. NGEH. simple jee kan? masuk lahh. ^^

Right Now It's ABS !

Salam~
Aktiviti ABS datang lagi.
Mesti ramai yang dah tak sabar.
Kali ni ABS buat comeback.
Nama kali ni Right Now It's Angel Bella Sisters.
haha. gempak tak?

Aktiviti kali ni dibuat pada bulan 10 kerana 5 orang ahli ABS menyambut hari lahir mereka pada bulan ni.
aktiviti ni dah mula dah.
25.10.2010 hingga 11.11.2010.
agaklah singkat. tapi tak apa kan?
asalkan semua orang enjoy dengan aktiviti ABS kali ini.
hadiah juga lumayan. ikut la merit penganjur tu.
kalau merit dia banyak, lumayanlah kan.

Jangan lupa ya join aktiviti yang dah dibuat.

Panduan Untuk Semua Ahli

ok, memandangkan kita sudah menghampiri tarikh yg ditetapkan.
sis nak bagi pengumuman lagi.
mungkin ada yang tak ada idea lagi nak buat aktiviti apa.
tak susah nak fikirkan sebenarnya.
ambil aktiviti yang lepas pun tak apa.
cuma jangan ambil yang dah buat.
contohnya,

Oo Som Challenge
Kuiz
Banner ABS
Puzzle
 ha, lagi apa? sis tak ingat.
yang dah biasa buat tu tak payah buat k.
ambil yang jarang di buat orang.
macam fashion sketches, fashion designer tu dah buat dua kali berturut-turut kan?
so jangan buat dah.
cara buat aktiviti pon tak kan nak ajar? pandai-pandai fikir ya.
idea sis dah bagi. kalau sis bagi tahu lagi macam mana nak buat,
baik sis je yang buat semua aktiviti tu.

ok, sekarang ni sis bagi tahu macam mana nak handle.
setiap ahli yang daftarkan aktiviti, senaraikan.
kalau ada yang tersama cakap je "aktiviti ni dah ada orang buat"
tak perlu cakap siapa orang tu. senyap saja.
atau pun boleh cakap "kalau nak gabung dengan orang tu"
kalau dia nak buat aktiviti lain itu hak dia.
aktiviti tu kalau tak mampu buat sorang2 boleh buat dua tiga orang.
plan sama-sama. jangan bagi ahli lain tahu kecuali orang yang handle tu.
sebab aktiviti kali ni ABS pon boleh join.
baru adil. kita keluar merit kalau menang aktiviti lain kita dapat hadiah.

aktiviti kali ni laporkan kat qila dengan ad ya.
bincang bila dia boleh on dan buat aktiviti yang dia plan.
katakan kalau dia tiba-tiba tak on. buat donno sudah. ahaha.
tak pa, mungkin time tu ada aktiviti lain tengah hot. so biar deme cool down sikit.
yang mengurusnya pun mestila boleh join aktiviti.
walaupun dia tahu aktiviti apa yang korang buat.
kesian tak pasal2 tengok je orang dapat hadiah..
*dah pernah rasa. ahahaha.

aktiviti yang didaftarkan/ dilaporkan tu mesti la kena tahu macam mana.
orang yang uruskan kena tahu ya.
kalau rasa tak sesuai bagi je tahu.
suruh dia buat lebih menarik.
apa lagi ya? tak tahu tanya ya. jangan segan jangan malu.
*sebarang aktiviti bagi tahu kepada qila atau adni.

Pengumuman Untuk ABS Family!

Salam buat ahli ABS semua.
Di sini meow nak bagi tahu beberapa perkara.

seperti yang dirancang, kita akan buat comeback pada bulan ini.
kali ini aktiviti namanya tak tahula apa dia.
tapi mungkin "Right Now It's So Nyeo Shi Dae Angel Bella Sisters (ABS)"
haha~ cilok SNSD punya.
Apa yang meow cadangkan, kita buat pada 20.10.2010.
bantuan ahli lepasan UPSR dan PMR amat-amatlah diharapkan.
ini kerana assistant ABS dan leader TCA akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.
begitu juga ahli lain. apa yang meow nak, aktiviti kali ini lebih menarik dari aktiviti yang lepas.
kalau boleh MINIMUM 5 aktiviti. tak nak kalau boleh tu. memang kena lebih dari 5 ok.
Aktiviti kali ini, ahli lepasan UPSR dan PMR wajib membuat aktiviti.
sebelum ni asyik meow, ieka dan liya menghabiskan merit. dan beberapa orang lagi.

Disebabkan kita sudah pon berada di pertengahan bulan 10,
sis minta cepat-cepatlah bertindak. fikirkan aktiviti apa yang korang nak.
nanti kita bincang siapa yang akan uruskan aktiviti kali ni.
yelah, asyik meow dengan liya je kan yang kena handle.
semua aktiviti nak kena bagi tahu dulu. bukan apa, takut nanti ada yang tersama idea nak buat aktiviti tu.
buat naya je. kali ni meow nak relax plak. ahaa~
siapa yang ganti tempat sis dan liya, nanti kita bincang.
yang pastinya orang tu mesti dah merdeka. kalau ada suka rela lagi bagus!
tapi 20.10.2010 adalah tarikh tetap.
lantaklah kalau ada yang tak boleh. sebab bukan semua aktiviti nak buat 20.10.
kita akan susun. siapa susun? orang yang handle tu la kan.
meow dengan liya kali ni  akan goyang kaki dan perah otak sebab nak exam. XP
tapi tetap ada buat aktiviti lah ya.
ada 5 orang ahli yang sedang bergoyang kaki.

yang keduanya, pasal meeting ABS.
kita kena susun organisasi baru. sebabnya macam dah berterabur.
ada pulak jawatan kosong. blog pon tak ada orang update.
hancur la kalau terus macam ni.
nak lantik AJK tertinggi pon, biarlah orang tu layak.
selalu online dan tahu perkembangan ABS.
Ahli-ahli dia pulak, kalau ada yang akan masuk asrama, pastikan waktu outing dia boleh online.
paling kurang waktu cuti sekolah. kalau tak pandai-pandai la nak hidup.
sebelum join aktiviti dah tahu kan syarat-syarat dia.
pasal blog, fb emel semua mintak la.
pendrive meow hilang pon ingatan masih kuat. ^_^
dan kalau boleh nanti bila dah ada passwod blog,
masukkan gambar kat sidebar. biar orang kenal.

oh ya, membebel punya membebel lupa nak bagi tahu tarikh dia.
sebenarnya tak ada tarikh lagi.
tapi mungkin masa cuti deepavali nanti.
lepas meow habis exam.
ingat nak buat meeting dulu. tapi tak sempat.
so, buat aktiviti dulu baru meeting.

pasal TCA yang kekurangan ahli, semua TCA ambil tanggungjawab ye.
tolong cari orang yang sesuai. TCA kekosongan 2 tempat.
pastikan orang tu selalu online.
ABS pun sama. kalau online setakat nak lapor diri baik tak payah.
black list the girl. ganti lain. sebab ABS tak susah nak cari ahli.
ramai nak masuk dan aktif. ganti je dengan orang tu.
tapi sebelum tu bagi tahu dia dulu. nanti timbul rusuhan plak.

*lupa plak apa lagi.

ok, untuk aktiviti kali ni, meow nak max 10 orang online.
ye, semua. sebab tu je yang lapor diri dekat thread liya buat tu.
maknanya, setiap hari kena lapor diri dekat thread tu.
tulis tarikh dan lapor diri.
contoh:

aqilah mohd
21.10.2010.

famous sudah~
suka hati korang la nak buat macam mana.
asalkan ada tarikh.
sapa nak pantau? orang yang handle aktiviti tu la ye. =P

yang KFC tu pulak setakat ni masih belum diperlukan lagi.
siapa yang tak ada tu tak apa.
tapi kena tahu la apa yg dibincangkan dekat situ.
sebab kat situ private sikit tempat dia. tak ramai pelajar SSB lagi.
nanti kalau dah diwajibkan ada account KFC nanti akan dimaklumkan.
bagi yang belum join la.

dan yang terakhir, had umur untuk ABS tukar TCA.
cuba fikirkan. umur makin menigkat. setakat ni TCA had umur 14.
tahun depan naik 15. tahun depannya lagi naik lagi.
ABS plak, bebas. had umur untuk join ABS rasanya 11 kan?
tak ingat. so, sis rasa tahun depan tak perlu naikkan had umur untuk join TCA.
ABS yang mana naik form 2 tahun depan terus masuk TCA.
ABS boleh cari ahli baru.
mungkin agak rumit nak faham. boleh tanya.

setakat ni je la yang meow nak bagi tahu.
apa-apa hal pm ye.
kat ssb boleh kfc boleh.
ym pon boleh. pastikan korang ada emel liya/meow.