Panduan Untuk Semua Ahli

ok, memandangkan kita sudah menghampiri tarikh yg ditetapkan.
sis nak bagi pengumuman lagi.
mungkin ada yang tak ada idea lagi nak buat aktiviti apa.
tak susah nak fikirkan sebenarnya.
ambil aktiviti yang lepas pun tak apa.
cuma jangan ambil yang dah buat.
contohnya,

Oo Som Challenge
Kuiz
Banner ABS
Puzzle
 ha, lagi apa? sis tak ingat.
yang dah biasa buat tu tak payah buat k.
ambil yang jarang di buat orang.
macam fashion sketches, fashion designer tu dah buat dua kali berturut-turut kan?
so jangan buat dah.
cara buat aktiviti pon tak kan nak ajar? pandai-pandai fikir ya.
idea sis dah bagi. kalau sis bagi tahu lagi macam mana nak buat,
baik sis je yang buat semua aktiviti tu.

ok, sekarang ni sis bagi tahu macam mana nak handle.
setiap ahli yang daftarkan aktiviti, senaraikan.
kalau ada yang tersama cakap je "aktiviti ni dah ada orang buat"
tak perlu cakap siapa orang tu. senyap saja.
atau pun boleh cakap "kalau nak gabung dengan orang tu"
kalau dia nak buat aktiviti lain itu hak dia.
aktiviti tu kalau tak mampu buat sorang2 boleh buat dua tiga orang.
plan sama-sama. jangan bagi ahli lain tahu kecuali orang yang handle tu.
sebab aktiviti kali ni ABS pon boleh join.
baru adil. kita keluar merit kalau menang aktiviti lain kita dapat hadiah.

aktiviti kali ni laporkan kat qila dengan ad ya.
bincang bila dia boleh on dan buat aktiviti yang dia plan.
katakan kalau dia tiba-tiba tak on. buat donno sudah. ahaha.
tak pa, mungkin time tu ada aktiviti lain tengah hot. so biar deme cool down sikit.
yang mengurusnya pun mestila boleh join aktiviti.
walaupun dia tahu aktiviti apa yang korang buat.
kesian tak pasal2 tengok je orang dapat hadiah..
*dah pernah rasa. ahahaha.

aktiviti yang didaftarkan/ dilaporkan tu mesti la kena tahu macam mana.
orang yang uruskan kena tahu ya.
kalau rasa tak sesuai bagi je tahu.
suruh dia buat lebih menarik.
apa lagi ya? tak tahu tanya ya. jangan segan jangan malu.
*sebarang aktiviti bagi tahu kepada qila atau adni.