Right Now It's ABS - Survivor Quiz

heyya!
giliran sis pulak buat aktiviti.
sis buat kuiz.
cara dia senang je.
sis bagi soalan.
jawapan dia korang PM kat sis.
lain la kalau korang nak orang copy jawapan korang.
aktiviti ni boleh disertai oleh semua pelajar SSB kecuali ABS Family.


sis terangkan dulu cara main dia.
kuiz ni ada 3 peringkat.
peringkat pertama sesiapa pon boleh join.
peringkat ke 2 hanya orang yang layak sahaja yang boleh join.
siapa yang layak?
orang yang dapat banyak markah pada peringkat pertama.
begitu jugak dengan peringkat akhir.
sis akan bagi tahu siapa yang layak.


jawapan dia berdasarkan markah.
kalau markah dia 2 bagi la 2 jawapan.
kalau 3 bagi 3.
Kuiz dia dekat SSB.


soalan 1 dan 2 korang pilih 1 jawapan.
jawapan dia boleh cari dekat blog AB Sisters & TCA.
tapi tak semua jawapan ada. kena pk sendiri la.
tarikh tutup menghantar jawapan kuiz peringkat 1 akan diberitahu kemudian.


PM kan jawapan kepada sis.
kalau dah PM lengkapkan penyertaan.
post dekat thread ni.


Nama SSB:
Tingkatan SSB:


hadiah dia rahsia.
hehe. nanti sis bagi tahu.

SELAMAT MENCUBA! ;)

Right Now It's ABS - Follow and Win

Hyep!
Yay..akhirnya liya wat jugak program untuk abs!
Anyway..Ini contest yang paling mudah kot!



Contest yang diberi nama : Foll0w And Win




 Macam mana naik sertai?
1st.Follow blog abs (tekan sini ya XD)


Kemudian :-

Bgtahu dkt sini!

Lengkapkan butir-butir peribadi :-


1.NAMA :
2.TING.DI SSB :
3.ID DI SSB :



Itu sahaja..
Mudah kan?
So,kalau sesiapa yang dh follow..
Cuma tinggal isi borang je..

Pemenang akan dipilih secara rawak oleh liya!
Tak de pilih kasih!

*Hadiah untuk 5 Orang SAHAJA
*Hadiah semua orang sama tetapi lumayan!
*Segala masalah sila bgtahu liya dgn kadar segera

Right Now It's ABS - Banner Contest

Salam semua pelajar2 SSB.


Seperti semua org taw [atau yg tak tahu] sekarang ni ialah minggu ABS.


So,Adni nk buat Contest.


Contestnya ialah ABS Banner Contest.


Syarat-syaratnya ialah :


+Salah seorang warga SSB.
+Banner itu mestilah yang anda hasilkan sendiri.Bukan cilok!


Cara-cara pertandingan:
+Buat banner anda.banner yg anda buat mesti ada perkataan ABS dan TCA. [wajib]
+Tak kisahlah banner korg tu animated ke,x animated ke.Asalkan yg korg buat sendiri,ok!


[Hadiahnya lumayan! Jangan lepaskan peluang!]

Right Now It's ABS - Holiday Trip

SALAM. :)
wah, lamanya tak update blog. ^^
tak apa tak apa.
sekarang ni kan musim menganggur lepasan PMR & UPSR ,
by the way, buat pelajar form4 yang bergiat untuk jawab exam, AJAAJA FIGHTING ! :)
ABS ada buat xtvt baik punyaa untuk korang,
antaranyaa.,


+Right Now It's ABS ! #HOLIDAYY^^

yeayy.

ABS Week datang menjelma kembali.
NGEH~

disebabkan cuti sekolah dah nak mula menjelma,
ABS akan mengadakan satu pertandingan yang diberi nama,
holiday trip.


syarat-syarat pertandingan~
+ terbuka kpd semuaa pelajar SSB. (senangkan syarat dia? ) ^^

cara-cara nak masuk pertandingan ni.
+firstly, korang kena carik satu gambar tempat perlancongan terbaik di dunia. *satu jee taww.
+next, korang kena kasi 3 sebab kenapaa tempat tu menarik di mata korang. ^^
=jawapan yang munasabah dan menarik akan membawa pulang hadiah merit yang lumayan. NGEH. simple jee kan? masuk lahh. ^^

Right Now It's ABS !

Salam~
Aktiviti ABS datang lagi.
Mesti ramai yang dah tak sabar.
Kali ni ABS buat comeback.
Nama kali ni Right Now It's Angel Bella Sisters.
haha. gempak tak?

Aktiviti kali ni dibuat pada bulan 10 kerana 5 orang ahli ABS menyambut hari lahir mereka pada bulan ni.
aktiviti ni dah mula dah.
25.10.2010 hingga 11.11.2010.
agaklah singkat. tapi tak apa kan?
asalkan semua orang enjoy dengan aktiviti ABS kali ini.
hadiah juga lumayan. ikut la merit penganjur tu.
kalau merit dia banyak, lumayanlah kan.

Jangan lupa ya join aktiviti yang dah dibuat.

Panduan Untuk Semua Ahli

ok, memandangkan kita sudah menghampiri tarikh yg ditetapkan.
sis nak bagi pengumuman lagi.
mungkin ada yang tak ada idea lagi nak buat aktiviti apa.
tak susah nak fikirkan sebenarnya.
ambil aktiviti yang lepas pun tak apa.
cuma jangan ambil yang dah buat.
contohnya,

Oo Som Challenge
Kuiz
Banner ABS
Puzzle
 ha, lagi apa? sis tak ingat.
yang dah biasa buat tu tak payah buat k.
ambil yang jarang di buat orang.
macam fashion sketches, fashion designer tu dah buat dua kali berturut-turut kan?
so jangan buat dah.
cara buat aktiviti pon tak kan nak ajar? pandai-pandai fikir ya.
idea sis dah bagi. kalau sis bagi tahu lagi macam mana nak buat,
baik sis je yang buat semua aktiviti tu.

ok, sekarang ni sis bagi tahu macam mana nak handle.
setiap ahli yang daftarkan aktiviti, senaraikan.
kalau ada yang tersama cakap je "aktiviti ni dah ada orang buat"
tak perlu cakap siapa orang tu. senyap saja.
atau pun boleh cakap "kalau nak gabung dengan orang tu"
kalau dia nak buat aktiviti lain itu hak dia.
aktiviti tu kalau tak mampu buat sorang2 boleh buat dua tiga orang.
plan sama-sama. jangan bagi ahli lain tahu kecuali orang yang handle tu.
sebab aktiviti kali ni ABS pon boleh join.
baru adil. kita keluar merit kalau menang aktiviti lain kita dapat hadiah.

aktiviti kali ni laporkan kat qila dengan ad ya.
bincang bila dia boleh on dan buat aktiviti yang dia plan.
katakan kalau dia tiba-tiba tak on. buat donno sudah. ahaha.
tak pa, mungkin time tu ada aktiviti lain tengah hot. so biar deme cool down sikit.
yang mengurusnya pun mestila boleh join aktiviti.
walaupun dia tahu aktiviti apa yang korang buat.
kesian tak pasal2 tengok je orang dapat hadiah..
*dah pernah rasa. ahahaha.

aktiviti yang didaftarkan/ dilaporkan tu mesti la kena tahu macam mana.
orang yang uruskan kena tahu ya.
kalau rasa tak sesuai bagi je tahu.
suruh dia buat lebih menarik.
apa lagi ya? tak tahu tanya ya. jangan segan jangan malu.
*sebarang aktiviti bagi tahu kepada qila atau adni.

Pengumuman Untuk ABS Family!

Salam buat ahli ABS semua.
Di sini meow nak bagi tahu beberapa perkara.

seperti yang dirancang, kita akan buat comeback pada bulan ini.
kali ini aktiviti namanya tak tahula apa dia.
tapi mungkin "Right Now It's So Nyeo Shi Dae Angel Bella Sisters (ABS)"
haha~ cilok SNSD punya.
Apa yang meow cadangkan, kita buat pada 20.10.2010.
bantuan ahli lepasan UPSR dan PMR amat-amatlah diharapkan.
ini kerana assistant ABS dan leader TCA akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.
begitu juga ahli lain. apa yang meow nak, aktiviti kali ini lebih menarik dari aktiviti yang lepas.
kalau boleh MINIMUM 5 aktiviti. tak nak kalau boleh tu. memang kena lebih dari 5 ok.
Aktiviti kali ini, ahli lepasan UPSR dan PMR wajib membuat aktiviti.
sebelum ni asyik meow, ieka dan liya menghabiskan merit. dan beberapa orang lagi.

Disebabkan kita sudah pon berada di pertengahan bulan 10,
sis minta cepat-cepatlah bertindak. fikirkan aktiviti apa yang korang nak.
nanti kita bincang siapa yang akan uruskan aktiviti kali ni.
yelah, asyik meow dengan liya je kan yang kena handle.
semua aktiviti nak kena bagi tahu dulu. bukan apa, takut nanti ada yang tersama idea nak buat aktiviti tu.
buat naya je. kali ni meow nak relax plak. ahaa~
siapa yang ganti tempat sis dan liya, nanti kita bincang.
yang pastinya orang tu mesti dah merdeka. kalau ada suka rela lagi bagus!
tapi 20.10.2010 adalah tarikh tetap.
lantaklah kalau ada yang tak boleh. sebab bukan semua aktiviti nak buat 20.10.
kita akan susun. siapa susun? orang yang handle tu la kan.
meow dengan liya kali ni  akan goyang kaki dan perah otak sebab nak exam. XP
tapi tetap ada buat aktiviti lah ya.
ada 5 orang ahli yang sedang bergoyang kaki.

yang keduanya, pasal meeting ABS.
kita kena susun organisasi baru. sebabnya macam dah berterabur.
ada pulak jawatan kosong. blog pon tak ada orang update.
hancur la kalau terus macam ni.
nak lantik AJK tertinggi pon, biarlah orang tu layak.
selalu online dan tahu perkembangan ABS.
Ahli-ahli dia pulak, kalau ada yang akan masuk asrama, pastikan waktu outing dia boleh online.
paling kurang waktu cuti sekolah. kalau tak pandai-pandai la nak hidup.
sebelum join aktiviti dah tahu kan syarat-syarat dia.
pasal blog, fb emel semua mintak la.
pendrive meow hilang pon ingatan masih kuat. ^_^
dan kalau boleh nanti bila dah ada passwod blog,
masukkan gambar kat sidebar. biar orang kenal.

oh ya, membebel punya membebel lupa nak bagi tahu tarikh dia.
sebenarnya tak ada tarikh lagi.
tapi mungkin masa cuti deepavali nanti.
lepas meow habis exam.
ingat nak buat meeting dulu. tapi tak sempat.
so, buat aktiviti dulu baru meeting.

pasal TCA yang kekurangan ahli, semua TCA ambil tanggungjawab ye.
tolong cari orang yang sesuai. TCA kekosongan 2 tempat.
pastikan orang tu selalu online.
ABS pun sama. kalau online setakat nak lapor diri baik tak payah.
black list the girl. ganti lain. sebab ABS tak susah nak cari ahli.
ramai nak masuk dan aktif. ganti je dengan orang tu.
tapi sebelum tu bagi tahu dia dulu. nanti timbul rusuhan plak.

*lupa plak apa lagi.

ok, untuk aktiviti kali ni, meow nak max 10 orang online.
ye, semua. sebab tu je yang lapor diri dekat thread liya buat tu.
maknanya, setiap hari kena lapor diri dekat thread tu.
tulis tarikh dan lapor diri.
contoh:

aqilah mohd
21.10.2010.

famous sudah~
suka hati korang la nak buat macam mana.
asalkan ada tarikh.
sapa nak pantau? orang yang handle aktiviti tu la ye. =P

yang KFC tu pulak setakat ni masih belum diperlukan lagi.
siapa yang tak ada tu tak apa.
tapi kena tahu la apa yg dibincangkan dekat situ.
sebab kat situ private sikit tempat dia. tak ramai pelajar SSB lagi.
nanti kalau dah diwajibkan ada account KFC nanti akan dimaklumkan.
bagi yang belum join la.

dan yang terakhir, had umur untuk ABS tukar TCA.
cuba fikirkan. umur makin menigkat. setakat ni TCA had umur 14.
tahun depan naik 15. tahun depannya lagi naik lagi.
ABS plak, bebas. had umur untuk join ABS rasanya 11 kan?
tak ingat. so, sis rasa tahun depan tak perlu naikkan had umur untuk join TCA.
ABS yang mana naik form 2 tahun depan terus masuk TCA.
ABS boleh cari ahli baru.
mungkin agak rumit nak faham. boleh tanya.

setakat ni je la yang meow nak bagi tahu.
apa-apa hal pm ye.
kat ssb boleh kfc boleh.
ym pon boleh. pastikan korang ada emel liya/meow.

[Lebaran ABS] Creative Card Designer!

Salam Lebaran semua.
Kali ni sis pulak nak buat game untuk aktiviti kali ni.
Namanya seperti tertera pada tajuk di atas.
Creative Card Designer.
Pertandingan dia ialah mencipta Kad Raya Untuk ABS.
Gambar dia boleh cari di internet.
lepas tu kena la edit.
Wajib ada nama ABS atau TCA.
bawah kad raya korang mestilah ada caption atau pon ucapan.

Kalau berminat berikan:
~username kat SSB.
~umur
~tingkatan di SSB.
senang je kan?

contoh dia macam ni,


Selamat Hari Raya kepada ABS dan TCA.
ucapan yang dibuat mestilah kreatif. Bukan macam contoh kat atas tu.
Terlalu ringkas dan tak kreatif.
So, Semoga Berjaya!

Lebaran ABS!

Salam semua.
lama betul ABS tak update blog kan?
Mesti korang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa aktiviti yang akan ABS adakan pada cuti sekolah kali ini.

Seperti mana tajuk post kali ni, itulah tema aktiviti yang akan diadakan kali ini.
Disebabkan aktiviti diadakan pada hari raya, jadi aktiviti kali ini mestilah bertemakan raya.
Aktiviti dia pon berkaitan raya juga.
Berminat untuk mengetahui apa aktiviti dia? Saya bagu tahu.

1- Creative Card Designer
2- Baju Raya Designer
3- Teka Lagu Raya

Buat sementara, itulah yang dirancang tetapi bukan itu saja aktiviti dia.
Ada lagi. Tapi kena lah tunggu.

*Ahli yang ada exam seperti PMR dan UPSR tahun ini dikecualikan untuk terlibat.

[HGP] Miss Bloggie Beauty Contest

Waka waka, its time for Afrika.

Ek eh.

Its time for Hot Gimmick Party

Hari ni hari Selasa (dah pukul 12:13 pagi)

So, harini giliran Riha anjurkan contest! Woohooo!!

Contestnya ialah Miss Bloggie Beauty, ringkasnya Cik Blog Tercantik.

Cara mendaftar? Mudah, cepat dan pantas!

Hanya sertakan link blog anda di entri ini!

Tiga penyertaan dibenarkan setiap seorang, ABS dan semua pelajar SSB dibenarkan masuk.


Syarat-syarat penyertaan:

# Terbuka kepada warga SSB dan ABS.
# Maksimum 3 penyertaan setiap seorang.


Bahagian yang akan dinilai:

~ Entri
~ Kesesuaian gadget dengan tema keseluruhan belog
~ Kekemasan
~ Kreativiti


Itu saja! Akan ada 5 orang pemenang yang dipilih.

Antara hadiahnya:

* Free Blogging Secrets and How to Make Your Blog Looks Great daripada blogger terkemuka;

* Tips Menjadi Blogger Hebat Seperti Saya greatly from Hanis Zalikha, Winner of Blogger Asian Award;

* Great Widget for Your Online Diary daripada pelbagai jenis web terkemuka;

* How to Make Your Entry Much Greater from Nurfarihah binti Jamil (okey hadiah ni tak tempting so boleh tolak kalau xnk)

* Hadiah2 menarik di SSB

Tarikh tutup penyertaan : Jumaat 18 Jun 2010, 2:00 petang.

Hadiah akan diberikan pada hari Sabtu.

Untuk yang berminat, sila add YM Riha dan sertakan link anda di entri ini.

riha97@yahoo.com.my

selamat mencuba!

[HGP] Saranghaeyp Fashion Sketches

Salam demam bola kepada semua warga SSB!

Turn Nina lak for the next game for HGP! So, untuk game Saranghaeyo Fashion Sketches ni, penyertaan dia adalah secara individual. Game ini terbuka untuk semua warga SSB dan ahli ABS kecuali saya dan sis Meow. Ni sebab, Sis Meow dan Nina memang dah berkomplot nak buat aktiviti ni.. Hehe..

Jadi! Korang semua perlu mencari sebarang fashion sketches di internet. Tak kisahlah, dresses ke, t-shirts ke, asalkan menarik hati. Kalau korang nak edit sketch yang korang jumpa tu pun boleh. Korang pun kena letak caption untuk sketch yang korang pilih tu, macam contoh di blog ABS.


Pemenang akan dipilih berdasarkan undian pelajar SSB dan undian para juri

Tarikh tutup untuk menghantar sketch itu adalah pada hari Rabu ni. Jadi, apa tunggu lagi, berusahalah untuk mencari fashion sketches yang paling menarik hati!

[HGP] Puzzle Mania

Aktiviti seterusnya ialah Puzzle Mania yang dianjurkan oleh meow, Qila dan Beela.
Puzzle Mania merupakan game secara berkumpulan.
satu kumpulan mestilah mempunyai 3-5 orang ahli.
peserta mestilah dari kalangan pelajar SSB dan ahli ABS.
game ni kena main di ym dan memerlukan perisian photoscape untuk mencantumkan kepingan puzzle.
so, setiap ahli kumpulan mesti ada salah seorang yang mempunyai perisian photoscape.
kalau tak, tak boleh la main. sebab macam mana nak cantumkan kepingan-kepingan puzzle tu.
sesiapa yang berminat,
~kumpulkan kawan-kawan seramai 3-5 orang dan sertakan
@ Nama Kumpulan:
@ Ahli Kumpulan:
~kemudian, add ym meow,
@libra_love94@yahoo.com.my.

kalau dah ada ym beela dan qilah boleh jugak.
tapi gambar semua tu ada kat den. kalau mintak kat qila n beela dia bagi habuk je la.hahaha.
ok.jangan lupa join!

[HGP] Banner & Tagline Contest

Sempena Hot Gimmick Party yang akan berlangsung selama seminggu.
hari akan diadakan pertandingan seperti tajuk di atas. ^_^!
hahaha.
ok pertandingan mencipta banner dan tagline utk TCA.
background banner mestilah berlatarkan 'Angel(s)'.
Tagline pula bebas bahasa inggeris atau melayu. Asalkan sedap.
penyertaan di buka kepada semua pelajar SSB dan ahli ABS.
sertakan sekali caption mengenai banner dan tagline tersebut.
Tarikh tutupnya Rabu minggu depan.
pemenang dipilih berdasarkan undian pelajar ssb.
hanya 3 pemenang akan mendapat hadiah.

Hot Gimmick Party Begins..

hye.
esok HGP akan bermula.
macam-macam aktiviti yang ada.
HGP akan berlangsung selama seminggu.
setiap hari akan ada aktiviti yang menyusul.

Berikut merupakan jadual aktiviti yang akan dikendalikan oleh ahli ABS:
Sabtu: meow dan Beela
Ahad: Qilah, meow dan Beela.
Isnin: NinaSweet
Selasa: Riha
Rabu: Liya dan Yana

kalau ada ahli ABS yang nak buat aktiviti pm atau ym meow.
selewat-lewatnya Selasa.
kepada AJK ABS, sila update blog.

Oleh kerana tidak ramai yang buat aktiviti,
kemungkinan ahli ABS tidak dibenarkan menyertai aktiviti.
Jika ada ahli ABS yang menganjurkan aktiviti tidak berpuas hati kerana tidak dapat menyertai aktiviti, automatik penyertaan aktiviti itu akan dibuka kepada ahli ABS yang ada menganjurkan aktiviti.
*sori ayat last belit sikit.^_^

Hot Gimmick Party!

Hai semua!
Meow nak maklumkan kepada semua pelajar SSB yang Angel Bella Sisters atau lebih mesra dipanggil ABS akan mengadakan aktiviti pada cuti sekolah ini.
Setelah berbincang dengan beberapa orang ahli ABS, sebulat suara bersetuju untuk memberikan nama aktiviti kali ini dengan Hot Gimmick Party.
Sebabnya ialah aktiviti kali ini lebih hot dari sebelumnya.
Gimmick pulak sebagai perlambangan bagi permainan.
Party tu merujuk kepada multi-activities yang ABS akan anjurkan. Selain itu, ahli ABS pon akan ikut berparti juga. Lagi-lagi ABS dah ada ahli baru. bolehlah mengeratkan hubungan.

Nak tahu aktivitinya??
Mana boleh!
Ahli ABS pon berahsia sesama ahlinya tentang aktiviti yang dorang akan buat.
Sebab ahli ABS pon boleh join aktiviti ahli lain buat.
Tula kena berahsia. Kalau tak, tak surprise la nanti.
Mungkin ada la dua, tiga orang ahli lain tahu.
Itu pon kalau satu game sampai empat orang yang handle.
Ok, Hot Gimmick Party ni akan bermula pada hari Sabtu.
Sepatutnya hari ni, tapi game dia tak siap lagi.huhu. Tapi ditangguhkan hari sabtu.
So, ada masa lagilah untuk ahli ABS fikirkan game apa yang mereka nak buat.
Fikir se-hot mungkin ok?
Barulah aktiviti ABS kali ni jadi Lebih Hangat dari Biasa.
hee~~
Tunggu hari sabtu!!



Pesanan kepada semua ahli ABS: Sila onlinekan diri anda masa cuti! Kalau tidak anda akan disingkirkan dari group ini!

Welcome To ABS Family!

Salam.
baru-baru ni meow ada buat thread cari ahli baru.
mesti ramai yang tak sabar nak tahu keputusan kan?
terutama yang mendaftar sebagai ahli ABS.
Tahniah kepada yang dapat menjadi sebahagian daripada keluarga ABS.
hehe.saja buat lambat.:p
berikut merupakan ahli baru ABS:

~[Qt~Meow]
~aqilahmohd
~ez
~fiena

eh.tu yang lama.hahaha.
ahli baru yang telah terpilih untuk menjadi ahli ABS- Senior ialah...
jeng! jeng! jeng!

~Beela
~Nurul
~Biha
~Nadhirah96
~Nas_adila

yay!
welcome to ABS Family yaw~
jawatan akan meow bagi dalam post akan datang.

pencarian ahli baru (!)

wahh,
lamanya qila tak tulis entry baru.
keh keh,
berani sungguh habuk segala debu singgah ini blog,
kini, setelah dicuci dengan antiseptik.
bertebaran sudah segala habuk debu,
*merepek.
:))

time for siyess,
:)

assalamualaikum,
rasanya, semua pelajar Sekolah Sri Bangsar pasti mengenali ABS right?
seperti yang anda semua tahu, ABS terbahagi kepada 3 group,
malas cerita panjang-panjang, hehe, kami disini mencari ahli baru, (!)
hanya seramai 5 orang, cepat!

ini adalah nama ahli-ahli yang kekal.


Senior

-meow
-qilah
-fiena
-ez


*klo ade ahli ABS yg x disenaraikan,tetapi masih nak menyertai ABS, sila lapor diri.

Syarat-syarat menyetai kami:
umur:
14-16 untuk senior.


perempuan
syarat wajib, :))

aktif di SSB
boleh online selalu kecuali ada perkara yg x dapat dielakkan.

aktif dalam penulisan kreatif.
boleh dipertimbangkan tetapi yang aktif diutamakan.

pandai dalam blog
boleh di ringankan

kalau berminat,sertakan:

Nama:
username:
tarikh lahir:
umur:
ym:

*itu sja,
sekian terima kasih,
cepat2.
:D

Minicute Party!

FUHH!!
FUHH!!

Dah lama rasanya blog ni ditinggalkan..dah berani bersawang!Kami minta maaf sebab dah lama tak masukkan entri-entri baru..maklumlah, semua dah sibuk dengan musim persekolahan yang dah sebulan bermula.

Okay.cukup-cukuplah merepeknya..Tujuan entri baru ni dipost sebab nak bagi tahu pengunjung tentang aktiviti baru ABS di SSB..

Raya Cina ni kita patut hangat2 semula setelah lama cool down.... yeah! Buat contest banyak2, parti minicute di SSB, bak kata Nina The Leader. Memang Riha ada buat cadangan, dan hadiahnya bukan setakat hadiah SSB, tapi hadiah real life pun ada! **Bergantung kepada berapa grandnya contest dan berapa ramai yang masuk.

Kali ini:

ABS Design sudah dengan jayanya berkubur. No more beibeh. Riha penat nak guna glitterfy, its a very old dengan dah lama punya cara. Guna editor sendiri lah kan. Kita buat macam cadangan Nina ABS,

*
Fashion Designer Contest. Designkan satu clothing yang paling cantik dan kreatif. Tema later, kita kena dapat sepakat semua ahli ABS's Family.
*
Banner Contest. Buat banner untuk ABS. Contest ini mungkin dapat hadiah alam nyata. Taktau lagi hadiah apa nak kasi.

Kali ni, ABS pun boleh masuk, pelajar SSB boleh masuk, bukan pelajar SSB pun boleh! Best kan? Kalau bukan pelajar SSB, boleh submit penyertaan ke emel penganjur.

Rasa teruja tak?

Okey, kalau teruja nantikan kami cuti Tahun Baru Cina nanti! Selamat mengenjoykan diri!

Salam Satu ABS,

HAPPY BIRTHDAY!

ehem2..

kami daripada..

ANGEL BELLA SISTERS

yg terdiri daripada

THE COLOURFUL ANGELS


dan

THE FANCY ANGELS

ingin mgucapkan.

APPY BUFDAY~

kepada..

IKIN,

yg myambut hari lahirnya pada hari ini [161209]

dan..

EZ.,

yg akan myambut hari lahirnya pada 211209.



Kedua-duanya dari The Colourful Angels..
Happy Birthday ye..

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..



Sincere,
[Qt~Me0w]
Leader of The Colourful Angels,

Qilah
Assistant of The Colourful Angels,

and

All team from Angel Bella Sisters..



The Colourful Angel Collection.


1~Blue Angel


2~Meroon Angel [chidori]


3~Red Angel [sofia]


4~Turqoise Angel


5~Purple Angel- [Qt~Me0w]


6~Silver Angel [ikin]


7~Turqoise Angel [fiena]


8~Black Angel [qilahh]


9~Purple Angel


10~Blue Angel [ez]


11~Orange Angel


12~Pink Angel


13~Blue Angel


14~Pink Angel [Ezzaty]


15~Purple Angel



Semua ahli tahu apa yang nak dibuatkan?? Pilih Angel pilihan anda mengikut warna yang anda pilih.. Nombor dah diletakkan di setiap gambar..

So, nanti bagi tahu Qilah atau Me0w nak Angel nombor berapa..


Sincere,
[Qt~Me0w]
Leader of T.C.A.